FOLLOWERS

Sunday, February 14, 2016

Malacca Trip #KepalaEmmaMelaka 09022016


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t



Alhamdulillah, aku panjatkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan Izin-Nya aku dapat mencipta satu memori yang cukup indah bersama mereka. Pernah suatu ketika dahulu aku berhasrat ingin ke Melaka. Dan akhirnya, hasrat aku tertunai juga. Kisahnya bermula apabila jiran sebelah bilik, Emma namanya datang ke bilik.

Emma : Nana, mana Fhai?
Aku : Fhai jalan ma. 
Emma : Alaa, saya maw bincang sama dia bah ni. Saya maw pergi Melaka. Jom bah pergi Melaka. Saya nampak Post kau di Wechat tu pergi Melaka. 
Aku : Seriously? Bah Jomlah. (Excited)

Iya bermula dari situlah, kami pun berbincang untuk ke Melaka. Memandangkan cuti Tahun Baru Cina, jadi inilah waktu yang sesuai untuk bercuti bukan?


Sebenarnya perancangan kami ke Melaka hanyalah last minute. Iya. Last minute, Tapi syukur alhamdulillah perancangan last minute ini menjadi dan berjalan dengan baik dan selamat. Kami pun berbincanglah berapa bajet yang diperuntukkan untuk kereta, dan hotel sebagai tempat penginapan. Dan mencari kereta sewa bukanlah sesuatu yang mudah. Mencari kereta sewa sememangnya memerlukan kesabaran. Haha. Akhirnya keesokan harinya juga barulah kami mendapat kereta sewa, iaitu kereta Alza. Setelah mendapat kereta sewa pagi itu kira-kira jam 11, kami pun bertolak jam 12 dari kampus. Percutian seramai 7 orang ini sangat indah. 



Lihatlah muka-muka yang kurang tidur sebab mencari kereta sewa semalaman. Hahaha. Yes, Our driver budak kaca mata yang comel. Kami semua tidak tahu jalan, so sepanjang percutian kami Mr.Waze dan GPS lah yang banyak membantu.  Hahaha. Tiba sahaja di Melaka, kami mencari hotel terlebih dahulu sebagai tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam. Kami membuat keputusan untuk menginap di hotel ini "The Trend Hotel" memandangkan hotel ini berhampiran dengan bandar Melaka. 



Selesai check in dan hantar barang, kami terus ke Pantai Klebang dengan harapan dapat bermandi-manda di pantai itu. Tapi sampai sahaja di pantai tu, tiada satu orang pun yang kelihatan mandi di pantai, so macam pelik pula kalau kami tiba-tiba mandi di situ. Hahaha. 









Nampak di situ, muka-muka excited sampai di pantai Klebang, maklumlah di Kuala Lumpur susah mahu pergi pantai. Haha. So masa ni lah dapat enjoy. Kami bawa Iron Man sekali pergi Pantai Klebang. Seriously, I love Beach so much. Bila sampai di Pantai Klebang, teringat zaman kanak-kanak sebab di pantai ni ramai sangat orang main layang-layang. Oh lagi satu nak pesan, sebelum balik dari pantai ni jangan lupa minum Cocunut Shake. Memang tak menyesal minum. Sodapp. Selesai mencuci mata melihat keindahan ciptaan Allah, kami pun kembali ke hotel untuk untuk Solat Maghrib dan Isyak dan persiapkan diri. Setelah selesai barulah kami keluar untuk makan. 






Jeng. Jeng. Jeng. Yeah. Stemboat. Kami singgah makan di Api-api Steamboat and Grill. Memang tak menyesal singgah di tempat ni sebab murah. Then, boleh makan ice cream suka hati. Haha. Part ni paling terharu sebab dapat makan makanan laut. Sungguh aku memang suka makan makanan laut. Seafood Lover. Memang mantop. Makanan laut dengan gabungan Sup Tomyam. Memang Slurppp. Alhamdulillah kenyang perut. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Selesai makan, maka kami pun kembalilah ke hotel.

The next day, kami melawat kawasan bandar Melaka yang bersejarah. Mencari parking amatlah susah. Sanggup parking jauh-jauh dan berbayar sedangkan kalau jalan kaki dekat sahaja dari hotel kami. Haha. Buat yang nak bercuti di Melaka tu, better cari hotel yang dekat bandar Melaka, dan jalan kaki sahaja, tak perlu guna kereta sebab dekat sahaja. Hahaha. So here is our picture. 

























Iya, satu hari kami berjalan memandangkan esok balik Kuala Lumpur. Jadi masa yang tersisa dimanfaatkan sepenuhnya. Melaka sememangnya sangat cantik dan bersih. Hari ketiga tiada gambar sebab pagi check out dari hotel dan terus bertolak kembali ke Kuala Lumpur. Masa mahu balik tu memang sedih sebab tak sanggup rasanya nak tinggalkan Melaka. Haha. Insha-Allah, jika diberi kesempatan, pasti kami akan kembali melawat bandar Melaka. This is our video. Thanks to Fhai for making this video.





Buat Emma : Terima Kasih kerana bagi peluang untuk mengikuti percutian last minute ini. Terima kasih sebab sanggup jadi driver sepenuh masa sepanjang percutian ini. 

Buat Fhai dan Syasya : Terima Kasih sebab sudi jadi photographer kami. 

Buat Hijannah dan Tasya : Terima Kasih kerana menyertai. Sesungguhnya kehadiran kamu mengurangkan bajet. Haha. 

Buat Wong : Harap percutian di Melaka ni dapat menggembirakan kau yang tidak dapat balik Sabah untuk sambut tahun baru cina. 

Buat Semua : Terima Kasih untuk sebuah memori yang indah. Aku pasti akan rindukan semua ini. Emma dan Fhai, masa kamu di KL ni hanya tinggal dua tahun sahaja lagi, harapan aku semoga kita dapat menghabiskan masa bersama-sama untuk menjelajah bumi Semenanjung ini. Sayang kamu semua. 

Oh lupa. 

Buat Abang jaga tol : Minta Maaf sebab kejutkan abang. Tak sengaja bang. Niat hanya nak minta top up kan kad touch n go sahaja. Haha. 

Photo : Credit to Emma, Fhai, Syasya, Tasya, Wong, Jannah
Video : Credit to Fhai dan Emma

Don't forget to love
Keep loving who you are
Don't ever forget to shine
Shining like a star
There's something so perfect caurage in everyone
So don't ever let yourself stop loving who you are. 

(Harris J)

#Fhaicomels #Emma #Syasya #Tasya #Jannah #Wong


No comments: